Tahniah berganda...

Syukur pada kali ini dapat kita bercerita lagi. Dengan segala nikmat yang diberikan dan dapat digunakan dengan sempurna.

Sudah dua (2) minggu pelajar baru sesi 2014/2015 mendaftar di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah dan selamat datang ke KMJ. Semoga kehadiran anda semua ke bumi KMJ akan memberikan sesuatu pengalaman berguna untuk panduan pada masa akan datang.

Terdapat berbagai-bagai pengalaman yang boleh dicari dan digali, namun pastikan ia adalah yang positif dan boleh dijadikan amalan. Namun jika ia yang sebaliknya maka jadikanlah sempadan.

Kapada pelajar yang mengambil matapelajaran fizik pastikan anda sentiasa bersedia untuk menerima ilmu. Semua pensyarah akan membantu apabila anda ingin dibantu. Sentialah bertanya dan membantu rakan-rakan kerana itu adalah cara belajar yang terbaik.

Tahniah juga kepada pelajar KMJ sesi 2013/2014 kerana telah berjaya menamatkan pengajian di KMJ. Keputusan yang diperolehi akan membantu anda untuk mendapatkan tempat di universiti pilihan. Gunakan masa cuti in untuk membuat perkara yang berfaedah untuk diri sendiri dan masyarakat terutamanya keluarga anda. 

Keputusan PSPM Sem II PST dan Sem IV PDT sesi 2013/2014

Keputusan PSPM Sem II PST dan Sem IV PDT sesi 2013/2014 boleh disemak oleh semua pelajar pada 5 Jun 2014 (Khamis) mulai jam 10.00 pagi melalui kaedah berikut:
    Masukkan USERID : No Matrik + 6 Digit Terakhir dalam NO KP
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    Taipkan MOE MAK hantar ke 15888   
    Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
  • Telefon
    Kolej Matrikulasi Johor - 06-978 1613 ext 1086/1087
    Sektor HEA Bahagian Matrikulasi - 03-888 44022

Semoga berjumpa lagi.

Comments