Setelah pertengahan bulan Febuari 2013 ni tentu dah ada yang berjaya memenuhi matlamat jangka pendek kan. Setiap perancangan yang dilakukan sepatutnya memerlukan beberapa kategori, iaitu jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
Biasanya perancangan jangka pendek ni kita ingin menikmati hasil dalam masa yang singkat iaitu 1 hingga 2 bulan. Namun bagi memastikan hasil yang diperolehi lebih baik maka jangka sederhana dan panjang adalah lebih dicadangkan untuk diginakan.
Bagi perancangan jangka panjang ia mungkin menjangkau sehingga 5 atau 10 tahun. Itu semua bergantung kepada apa yang kita rancangkan. Setiap perancangan yang dilakukan tidak semestinya tetap ini kerana sepanjang melakukan perancangan tersebut mungkin ada perubahan yang perlu dilakukan. Oleh itu pastikan perancangan yang di rangka boleh diubah apabila keadaan memerlukan.
Kelancaran perancangan adalah bergantung kepada betapa serius kita terhadap perkara yang kita rancang. Bagi memastikan bahawa kita betul-betul serius maka dicadangkan setiap perancangan yang dirancang hendaklah ditulis. Dengan itu kita akan menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan rancangan tersebut kerana sentisa diingatkan dengan target tersebut.
Supaya perancangan kita nampak lebih teratur maka kit aboleh menggunakan kaedah SMART. Kaedah ini biasanya diamalkan untuk memastikan setiap perancangan yang dilakukan adalah sesuai dan mampu dicapai. Semoga setiap perancangan yang dilakukan akan mencapai hasil yang memuaskan dan terusakan selagi ada masa dan ruang.
Comments
Post a Comment