Salam sejahtera,
Syukur kita dapat bersama lagi pada post kali ini membincangkan pelajar acuan Al Quran. Semoga tips-tips pada post yang lepas dah dapat diamalkan oleh kita semua. Amalan yang sedikit tetapi berterusan lebih baik daripada banyak namun tidak kekal. Seterusnya kita sambung dengan 5 lagi tips.
Tips 5: Pelajar perlu fokus
- Masalah utama pelajar ialah tidak dapat fokus semasa belajar. Ini berlaku didalam kelas atau semasa mengulagkaji. Kadangkala ganguan ini disebabkan oleh aktiviti kita, seperti kurang tidur, asyik dengan telefon dan macam-macam perkara lain. Bagi seorang yang fokus kita tahu apa yang diinginkan, oleh itu kita akan memberikan tumpuan agar kita dapat capai matlamat tersebut. Pelajar yang fokus dalam pelajaran biasanya akan berjaya dengan cemerlang.
Tips 6: Pelajar perlu proaktif
- Pelajar acuan Al Quran perlu bersikap proaktif iaitu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling agar kita tahu apa yang kurang dan diperlukan semasa belajar. Dengan cara ini segala tindakan awal dapat diambil apabila berlaku permasalahan dalam pelajaran.
Tips 7: Pelajar perlu ada jadual
- Setiap orang perlu ada jadual waktu, dalam kehidupan kita seharian pun terdapat jadual waktu seperti waktu-waktu solat. Oleh itu perancangan yang betul dengan bantuan jadual waktu akan menjadikan kita lebih tersusun semasa melakukan sebarang aktiviti. Semasa merancang untuk belajar jadual waktu penting agar kita tahu yang mana perlu didahulukan. Seperti kata pepatah "Jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal".
Tips 8: Pelajar perlu usaha
- Setiap kejayaan yang kita perolehi adalah cerminan usaha kita. Kebiasaannya apabila kita berusaha dengan betul dan gigih maka kita akan mendapat kejayaan yang cemerlang. Oleh itu ukur kejayaan yang kita perolehi dengan usaha yang kita telah lakukan. Jika kita tidak cemerlang semak semula usaha yang telah kita lakukan adakah ia sesuai dengan usaha yang telah kita lakukan.
Tips 9: Pelajar tidak putus asa
- Setiap perjalanan akan ada halangan yang menunggu, oleh itu persediaan mental adalah perlu bagi memastikan kita sentiasa bermotivasi. Kita pernah dengar banyak cerita berkaitan kegagalan, namun selepas satu ketika mereka kembali berjaya. Apa yang menyebabkan ia berlaku? Ya sifat tidak berputus asa adalah kunci kejayaan mereka. Seperti yang diceritakan oleh penulis buku Jutawan Senyap, setelah diistiharkan muflis beliau bangkit semula dengan semangat baru untuk membuka satu institut masakan. Apa akan jadi jika beliau dah putus asa? Oleh itu pastikan kita mempunyai pendorong agar semangat kita tidak pernah luntur semasa proses pembelajarn ini.
Sekian dahulu tips pelajar acuan Al Quran, dengan panduan dan tips yang sedikit ini akan menjadi pemula untuk kita mengorak kejayaan di dunia dan akhirat.
Comments
Post a Comment