Salam sejahtera,
Menjadi seorang yang berjaya di dunia seharusnya disambung terus ke akhirat dengan lebih berjaya. Pada kesempatan yang singkat ini, pencarian ilmu yang bernafaat adalah penting untuk memastikan kita akan berjaya di dunia dan akhirat.
Dalam kehidupan sekarang kita perlu mengikut acuan yang betul agar mendapat hasil yang betul dan baik. Bagi generasi muda sekarang menjadi pelajar yang berlandaskan Al Quran adalah sangat penting agar kita dapat menjadikan profesion kita lebih bermakna dimata masyarakat.
Pada kali ini kita akan mengetengahkan 4 tips bagaimana anda ingin menjadi pelajar acuan Al Quran. Manakala pada post akan datang kita akan sambung dengan 5 lagi tips Pelajar Acuan Al Quran.
Tips 1: Pelajar perlulah beriman
- Walaupun kita belajar dalam bidang yang bukan berkaitan dengan agama namun kita perlu beriman dengan sebenar-benarnya. Hanya dengan iman yang kental dan sungguh-sungguh akan menjadikan kita sentiasa memgang prinsip amanah. Apabila kita bekerja nanti kita akan sentiasa tahu apa tujuan kita berada di dunia ini.
Tips 2: Pelajar perlulah bertanya
- Sebagai seorang yang ingin mencapai kejayaan maka kita perlulah sentiasa bertanya apa yang kita tidak faham. Apabila berada di dalam kelas jika pelajar tidak bertanya maka guru akan menyangka pelajar sudah faham. Namun dalam situasai ini ada tiga golongan pelajar pertama memang faham pelajar bijak lah ni. Kedua tak faham, jika tak tanya lagi lah tak faham, yang ketiga pula buat-buat faham ini lagilah kesian kerana mereka mungkin tak tahu apa yang dipelajari. Tanyalah untuk lebih faham dan berjaya.
Tips 3: Pelajar perlu mengulangkaji
- Perkara rutin dalam semua perkara ialah mengulangkaji,apabila kita belajar maka lebih banyak masa perlu digunakan untuk mengulangkaji. Secara mudah, masih ingat pada masa kita mula-mula belajar naik basikal? Mulanya dengan basikal tayar tiga, kemudian tayar empat dah yakin guna roda dua, mula-mula guna roda dua pasti anda sering terjatuhkan. Setelah sering menaiki basikal maka sekarang menjadi mudah lepas tangan pun masih boleh tunggang lagi. Tahniah, itulah kuasa ulangkaji. Pastikan kita membuat ulangkaji bagi memastikan kejayaan dalam pelajaran dan semua bidang yang diceburi.
Tips 4: Pelajar perlu bekerjasama
- Kebanyakan pelajar yang berjaya menggunakan cara ulangkaji dengan kumpulan. Ini akan memastikan mereka lebih faham untuk menjawab soalan. Pelajar acuan Al Quran pun perlu bekerjasama dalam melakukan perkara baik seperti belajar bersama dan bantu kawan yang bertanya. Apabila kita bekerjasama maka ia akan memberi lebih kefahaman kepada kita apabila mengajar kawan-kawan.
Kita akan sambung lagi 5 tips pada bahagian kedua...
Sekian.
Comments
Post a Comment