Tahun baru Hijrah 1432

Salam sejahtera
Sedar atau pun tidak kita sekarang dah di peghujung tahun 29 Zulhijjah1431 hijrah.Esok adalah tahun baru Hijrah 1432. Semoga tahun ini telah memberikan kejayaan kepada anda semua dan diharap tahun hadapan akan menjadi lebih baik dari tahun lepas.
Kejayaan akan dicapai jika kita inginkannya, namun setiap kejayaan akan ada pengorbanan dan perubahan. Oleh itu lakukan perubahan pada tahun hadapan agar anda mendapat kejayaan yang lebih baik. Perubahan kearah kebaikan adalah amat dituntut kerana ia akan memberikan kebaikan kepada kita dan juga alam semesta.
Perubahan yang kecil akan memeberikan kesan yang besar kepada masyarakat dan negara. Sebagai contoh jika setiap orang menjaga kebersihan maka negara akan lebih bersih dan semua rakyat akan lebih sihat. Lakukan perubahan dalam diri kita supaya ia dapat mengubah masyarakat.
Setiap perubahan memerlukan ilmu oleh itu carilah ilmu dan belajarlah kerana orang yang berilmu akan lebih tahu daripada mereka yang tidak belajar. Belajar sahaja tidak akan memberi kesan kepada masyarakat untuk itu samepaikan ilmu tersebut dan amalkan supaya menjadi tabiat kita seharian.

www.remajadigital.com

Comments