Aero Open Day "Choosen to be an Engineer" merupakan satu program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kelab Aero Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Teknomarin dan Kelab Autec. Seramai 34 orang wakil pelajar aliran Fizikal Kolej Matrikulasi Johor telah dijemput untuk mengikuti program tersebut pada 7 Ogos 2010 (Sabtu)."This pioneer program held by Aero Club is aimed to bring students closer to universities for them to experience real campus life and hopefully would encourage them to study hard. Motivation can shape the mind to be more dynamic and brave. With this students will continue learning, learning and learning in order to get what they wanted".
Melalui lawatan pelajar ke ’Aero Open Day’ UTM ini, pelajar telah mendapat gambaran asas mengenai kursus dan kerjaya dalam bidang Fizik dan Kejuruteraan yang dapat mereka ceburi selepas tamat program Matrikulasi.
Melalui ceramah berkenaan bidang kejuruteraan di UTM dan peluang pekerjaannya , lawatan ke booth, makmal aeronautik, makmal marin, makmal automatif, aktiviti modul yang diadakan telah mampu mendedahkan pelajar tentang pembelajaran yang sebenar di universiti. Ini turut meningkatkan minat, sikap positif dan motivasi mereka untuk mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran program matrikulasi agar mereka dapat memasukkan diri ke universiti dan menceburkan diri dalam bidang-bidang sains dan kejuruteraan yang mereka minati.
Lawatan akademik ini merupakan satu aktiviti pembelajaran yang mampu membawa pelajar lebih dekat kepada hidup kampus yang sebenar, menghayati dan mengalami sendiri situasi atau suasana sebenar di university( bring them closer to university), semua ini secara tidak langsung mampu menjadi pemangkin dan motivasi membakar semangat dan azam pelajar untuk berusaha dengan gigih dalam pembelajaran matrikulasi mereka supaya mampu mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya menempatkan diri ke universiti. Lawatan ini turut mampu membantu pelajar memilih kursus yang tepat apabila mereka mengisi borang UPU Online nanti selepas tamat program Matrikulasi.

Comments
Post a Comment