Newtonian Thinking Quiz





Pada 11 Mac 2010 (khamis), unit fizik telah mengadakan satu pertandingan Newtonian Thinking Quiz. Pertandingan kuiz fizik ini terbuka kepada semua pelajar aliran fizikal (PST dan PDT) Kolej Matrikulasi Johor. Penyertaan adalah secara berkumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada tiga orang pelajar dari kumpulan praktikum yang sama. Soalan-soalan kuiz adalah mengenai teori, prinsip, hukum dan ilmu fizik. Pertandingan kuiz ini diadakan sebagai salah satu aktiviti ko akadermik untuk pelajar fizikal bersiap sedia bagi menghadapi peperiksaan akhir pada penghujung bulan Mac. Di samping itu, diharapkan melalui aktiviti ko akadermik sedemikian dapat menimbulkan minat pelajar terhadap fizik dan juga memupuk nilai serta semangat kerjasama antara pelajar dalam usaha mengejar ilmu bersama.

Sebanyak 76 kumpulan terla menyertai pertandingan kuiz tersebut. Peserta kuiz dikehendaki menjawab 30 soalan fizik. Masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan adalah sebanyak 1 minit. Kerjasama antara ahli kumpulan amat diperlukan untuk meyelesaikan soalan-soalan tersebut. Sebanyak 7 kumpulan telah dipilih sebagai pemenang melalui pengumpulan markah tertinggi.

Berikut adalah keputusan pertandingan Kuiz:

Tempat Pertama : Kumpulam 19 dari Fizikal 36
Tempat Kedua : Kumpulan 24 dari Fizikal 24
Tempat Ketiga : Kumpulan 26 dari Fizikal 13
Saguhati :
Kumpulan 13 dari Fizikal 16
Kumpulan 15 dari Fizikal 33
Kumpulan 75 dari Fizikal 8
Kumpulan 16 dari Fizikal 16

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang pertandingan kuiz.
٩(-̮̮̃-̃)۶

Comments