Tahniah dan Selamat hari raya

Salam
Semoga hari ini lebih baik dari semalam
Tahniah diucapkan kepada semu pelajar kerana telah mendapat keputusan PSPM1. Semoga dengan keputusan tersebut akan meningkatkan lagi semangat anda untuk belajar. Sudah menjadi kebiasaan apabila keputusan peperiksaan di umumkan pasti akan ada yang cemerlang dan ada yang kurang cemerlang. Kepada yang cemerlang jangan terlalu bangga kerana semester ini adalah berbeza dari semester lepas. Namun kepada yang kurang cemerlang jangan berputus asa kerana anda masih mendapat peluang kedua untuk menunjukkan kehebatan. Mulakan dengan langkah yang baru dan perancangan yang baru.
Selamat hari raya untuk semua pelajar dan pensyarah jadikan setiap pengorbanan yang anda lakukan pasa semester ini membuahkan hasil yang lumayan.
Sekian

Comments