Salam sejahtera.
Sentiasa dikatakan usaha tangga kejayaan. Mungkin anda semua dah bosan mendengar kerana dah usaha tapi tak berjaya juga. Anda kena lihat kembali usaha yang telah anda lakukan itu adakah ia betul atau tidak. Ramai pelajar kata kami dah buat jadual dan dah ikut, tapi tak boleh jawab juga. Buat jadual memang perlu agar anda tahu masa untuk belajar. Namun yang lebih penting adalah anda tahu apa yang hendak dipelajari. Tetapkan matlamat apa yang nak dapat dalam masa satu atau dua jam anda belajar tu.
Bagi pelajar yang ingin merancang ialah dengan menggunakan course outline yang telah diberikan. Ia merupakan panduan belajar yang paling berkesan kerana anda telah diberitahu apakah keperluan dalam bab tersebut. Wujudkan kumpulan belajar bagi memudahkan anda berkongsi masalah dan melakukan perbincangan.
Kata Dr HM Tuah usaha yang paling kurang ialah sebanyak tiga kali, namun lebih baik jika sepuluh kali di usahakan. Jika anda baru usaha sekali dah putus asa maka anda memang layak gagal. Ulangi usaha anda sebanyak yang boleh, anggap kegagalan yang berlaku itu adalah cara yang tidak patut dilakukan. Setelah gagal usaha lagi dengan lakukan perubahan dimana yang perlu.
Sekian

Comments
Post a Comment