Kemahiran anda...

Salam
Semoga anda sentiasa ceria dan gembira.
Setiap pelajar mempunyai impian menjadi pelajar cemerlang, apatah lagi setelah memasuki Kolej matrikulasi. Sudah pasti anda merupakan idola keluarga. Harapan keluarga amat tinggi kepada anda supaya mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya memasuki universiti. Namun anda perlu tahu kenapa anda tidak dapat menjadi seperti kawan anda yang tak belajar banyak tapi berjaya?? Ketahuilah rahsia mereka, sedarlah bahawa setiap orang diberikan akal yang sama dan masa yang sama banyak.
Apa yang anda perlu sekarang ialah kemahiran yang akan membezakan anda dengan rakan-rakan yang lain. BUakan tukang kebun atau tukan rumah sahaja perlu ada kemahiran ye. Pelajar pun kena ada kemahiran juga. Paling penting kemahiran pelajar ialah mengurus masa. Dahulukan yang penting dan segera serta susun mengikut keutamaan.
Setiap kemahiran boleh dipelajari, antara kemahiran yang pelajar perlu ada ialah
  • kemahiran mencatat nota
  • kemahiran mendengar
  • kemahiran bertanya
  • kemahiran membuat nota ringkas
  • kemahiran membaca
  • kemahiran mengulangkaji
Dapatkan kemahiran-kemahiran tersebut agar anda menjadi terbaik dikalangan rakan-rakan.
Sekian....

Comments