Kopi dan piring....

Salam,
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Semasa sedang memesan makanan kat kedai petang tadi ternampak seorang pakcik yang sedang minum kopi. Dari cara dia minum tu terkenang arwah datuk pada masa dulu.....
Semasa kecil dulu selalu juga minum macam tu, mula-mula tak tahu tapi dah ditunjuk guna jelah. Maklumlah masa dulu mana ada peti sejuk. Semua minuman panas nak sejuk kan cepat tuang je dalam piring kemudian biarkan sebentar pasti boleh minum selepas tu.... tulah pesan datuk..
Sekarang setelah belajar agak tinggi ni dah mula perasan bahawa orang dulu-dulu dah lama amalkan konsep fizik dalam kehidupan mereka. Untuk menyejukkan air maka permukaan lebih luas diperlukan. Nak pisahkan padi dari kulit menggunkan angin, supaya kawasan rumah lebih sejuk dan nyaman perlukan pokok yang banyak.
Banyak konsep fizik yang digunakan disekeliling kita, cubalah anda pehatikan dan pasti fizik itu sangat menarik..
Sekian wassalam...



perniagaan internet

Comments